Want your
own Fotopage?








 
Kawin jom....

By: I Love Pink Very Much

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Saturday, 7-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
07.07.07 Hari Pernikahan

M to N - Coklat
M to N - buah2an
M to N - mens stuff
M to N - lord of the ring
M to N - bunga rampai
M to N - Sireh
M to N - kasut
M to N - toiletries
M to N - Baju & seluar
Belum sempat nak update semua persiapan.. But here's the pic of my hantaran to N on that day.

Add comment


Thursday, 5-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Inai..

 
 
 
Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata

For those yang tak tau, nih lagi S. Jibeng. And please don't ask me how i know this

So it is time to put some inai on the jari... The thing is, I didnt know pulak service inai ni macam goreng pisang panas! Apparently, kalau you tak book depa siang2, then memang takde chance la nak pakai inai.. They are always fully booked in advance.

Since I was too late to realized this, I end up doing my inai dekat gerai india on Metro Kajang top floor. For those yang belum pernah and berangan nak buat kat situ, i say DON'T. Dah la inainye mahal (I was charged RM300 untuk simple design for 2 tapak tangan, 2 atas tangan, 2 kaki and all jari) pastu tak tahan lama lak tu. 2 hari je dah pudar dah.. So I end up buying my own inai and apply balik on the original design. Hampeh

Ingat lagi kalau zaman kecik2 dulu, biler nak letak inai, pegi petik daun kat pokok, tumbuk sendiri pastu siap letak nasi sikit bagi dia lekat. Those were the days.. And the inai merah cantek and tahan lama lak tu..

But nevermind, to those yang bercadang nak kawin and belom tempah service inai ni, buat la cecepat k.. Below are few websites I found on bridal henna services. Good luck!

http://iranian-gurl.fotopages.com

http://butterflyhenna.fotopages.com/

alaaaaa comel nya kaki kau tuuuuuuuuuuuu Wed 29-Aug-2007 06:08
Posted by:reena
Add comment


Saturday, 30-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Make up

Semua orang nak lawa kan.. so make up, without doubt is one of the most important things masa wedding nanti.. You can either choose a mak andam, make up artist or if you are confident enough, make up sendiri pon boleh

Apa beza mak andam and make up artist? Seriously.. I dunno.. I think dia org saje je "commercialized" the name.. coz at the end of the day what you want is someone that can make you beautiful. Betul tak?

However, I have few tips in choosing mak andam / make up artist;
1. ALWAYS do a test make up. It can be costly at times, tapi tengok gak la.. Ada yang murah hati ask you to pay, but once you have confirmed on taking them, they will give it for free. Tapi ada jugak yang memang nak duit lebih, test make up pon dia mintak bayaran penuh.

Since dah cerita pasal test make up ni, nak membebel sikit. I, myself tried I think about 5 different mak andam + make up artist, tapi yg peliknye, during make up dia akan kata, besok biler hari kahwin yang bebetul, make up dia akan lain.. e.g eye lashes yg lebih tebal, eye shadow kaler baju, foundation yang lebih tebal.. pendek kata semuanya lain la.. So? Kalau dah the real time semuanye lain, buat pe buat test make up kan? Or if they don't it full heartedly during test make up, how do I decide whether to take her or not?

2. Kalau pakai mak andam dari butik, always ask for the Mak Andam herself, bukan assistant dia.. Sebab selalunye kalau dia tunjuk gambar2 make over yang cantek2 kat dalam album dia tu, Mak Andam tu yang make up, bukan assistant dia.

3. Oh! Dah lepas test make up, ambik la gambar sebanyak2nye.. pastu teliti gambar tu bebetul. Yela.. check la, kot2 dalam gambar muka jadik muka clown ke.. opera ke.. tepung gomak ke..

Below pic is from my various test make up sessions


Add comment


Saturday, 5-May-2007 07:56 Email | Share | | Bookmark
Step 2 - Bertunang

M-Sireh
M-Sejadah
M-Coklat
View all 15 photos...
Wow! I'm engaged! Unbelievable.. cam tak caya je..

Alhamdulillah semuanye berjalan ngan lancar. N's sista yang sarungkan cincin on my jari. Well.. Tak yah citer banyak lah.. tengok gambar je.

Blue is from me to N and Pink is from N to me.

Layannnn....

cantiknya gambar² ni.. wonder siapa yang ambik Wed 6-Jun-2007 07:29
Posted by:reena
hahaha... thank u thank u.. nasib ada photographer cun tukang amik gambar.. Mon 18-Jun-2007 02:52
Posted by:-M-
Add comment


Friday, 4-May-2007 03:37 Email | Share | | Bookmark
1 more day to go



Satu hari je lagi ni.. esok 5/5, my pertunangan day. My first step to the end of my singlehoodness. Well semi single la, since lom nikah lagi.. Eeeee.. sereeemmm...

Let's see.. Semua benda dah ready ke?



Hantaran - Dah la lebih kurang.. Jap lagi nak pi beli fresh flowers samer amik cup cakes
Make up - Dah (Juru mekap.. dah ready kan? kan? kan?)
Baju - Dah (Tapi selendang tengah hantar jahit tepi)
Photographer - Errr.. takdek pulak.. Takpe, suruh my brother
Makan2 - Dah (Eh.. dah kan mak? Mak? dah tak? Hmm.. jap lagi call dia)

I think thats about it.. Panic? Buat-buat panic ada la.. Tah.. Tak takot pulak.. Biasa jek.. Normal ke aku ni ek?

aku lah photographer yang vouge tuuuuuuuu Wed 23-May-2007 02:04
Posted by:reena
Add comment


Saturday, 7-Apr-2007 09:06 Email | Share | | Bookmark
Jurugambar

One of the most IMPORTANT things to do is to look for a cameraman. Maklumla..kahwin sekali, so kena la cari jurugambar yang boleh mengambil gambar2 anda untuk diabadikan selama-lamanye. Kena cepat2 booking dia orang ni, coz selalunye cam goreng pisang panas.. sentiasa banyak tempahan. Ada tu dengar2 nye dah siap tempah setahun sebelum. Hmmm.. camtu sekali ek.

OK. Ada ramai jurugambar yang bagus sekarang and yang bestnya, majority of them ada website sendiri. Itu penting coz kita nak gak tengok kerja2 dia org sebelum ni kan.. OK ke.. tak OK ke..

Bila memilih jurugambar, apa faktor-faktor yang perlu diambil kira actually?
1. Teknik mengambil gambar
- Nak yang disuruh stail posing maut.. Kat atas katil, bawah katil, tepi pokok, dalam taman?
- Stail bersahaja / candid.. Tengah menangis, gelak atau melopong
- Detail atau terperinci.. Kadang2 ada jurugambar yang lupa to take the small details. Contoh, inai di jari atau tag terima kasih di bunga telur

2. Harga / pakej
- Dah sememangnya ini merupakan salah satu faktor yang penting. Sebelum mengambil keputusan, find out dulu, apa pakej yang disediakan.

Contoh ;
Berapa keping gambar yang akan diambil, dicuci? Berapa album?
Ada bagi balik ke soft copy? Burn on CD perhaps?
Ada studio shoot? Outdoor shoot?
Berapa jam perkhidmatan dia?
Berapa orang jurugambar yang akan hadir?

Semua ni terpulang la kepada kehendak masing2.. Sebab lain orang, lain ragamnya..

For my wedding, I'm getting help from the Candid Syndrome team. Impressive jugak kerje dia orang ni.. So hopefully everything goes well lah..



Below are some of the links that you may find useful.

http://www.candidsyndrome.com/
http://www.weddings.manggis.tv
http://www.batrisyia.com
http://www.pictureelements.com.my/
http://www.adan.biz/index.htm
http://www.ikramismail.net/
http://www.danielzain.com
http://www.avicennastudio.com

Add comment


Friday, 9-Mar-2007 10:07 Email | Share | | Bookmark
Set tarikh

Merisik / bertanya dah terjawab.. but what about the dates tuk bertunang?

Kalau nak ikut style koboi, between N and me memang dah set dah.. tapi, kalau nak style koboi, kena gi kawin kat Texas la kan.. Dah namanya orang melayu, penuh sopan adab dan tatatertib serta tatasusila rukun negara yang lima.. so kena la jugak orang2 tua..eh! Veteran duduk beradab tuk berbincang pasal tarikh ni..

So.. N's uncles and aunts datang rumah today tuk bincang2 samer my parents tuk tetapkan tarikh bertunang. Hmm.. gabra jugak ni, sebab aritu bebudak je jumpa orang tua, but today yang veteran2 je bertentang mata.. Kalau gadoh kang, naya.. hehehe..

Dicerpenkan (cerita pendekkan), alhamdulillah pertemuan ni pon berjalan ngan lancar.. Date tunang dah set on 5/5 which happens to be N's birthday (baeekkkk punya plan..nanti senang nak ingat), kol 3 ptg. Mak masak menu org putih.. makan chicken chop you... Jj, my sister pulak, menunjukkan skill dia membuat tart yang sungguh comel. Membuatkan aku masih tertanya2, dia betul buat ke beli.. hehehe



Add comment


Wednesday, 7-Mar-2007 06:16 Email | Share | | Bookmark
Internet

Internet. Yes what does it got to do with marriage? A LOT I tell ya!

Aku memang betul2 berterima kasih dengan internet inventor ni.. Untuk persiapan kawin ni, banyak aku buat research through internet browsing. I believe about 90% of my info gathering are done through internet. I was seriously surprise with the findings la.. Banyak gila information on kawin ni kat internet rupanye. Daripada wedding planner, tempat, andam, hantaran, jurugambar dan lain2 service provider, hingga la ke forum tuk orang berkongsi pengalaman serta tips2 sebelum dan selepas kahwin. Below are some of the links that I have bookmarked.

http://perkahwinan.com.my/main/index.php

http://www.syokkahwin.com/

http://www.bridalguide.com.my/main.asp

http://www.jomkahwin.com/

http://www.ratusehari.com.my/main.asp

http://www.urusanpengantin.com/

Haaaaa... selamat berbrowsing la ye..

Add comment


Monday, 26-Feb-2007 03:08 Email | Share | | Bookmark
A week after

A week after..

It took my dad 1 week to give decision.. isk isk isk.. Actually dia saje nak menyakat aku.. That's why he deliberately lambat2 reply. He sent my elder brother, to meet N's sister and bro in law to convey the decision.

Alhamdulillah, selesai la sudah bab merisik..



And now what??

Add comment


Monday, 19-Feb-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Step 1 - Merisik

Merisik.

Kena ke merisik ni? Orang kata adat.. selalunya bab ni yang depa start cakap pantun2 bahasa berbunga berliut.. "Kami ke mari nak menyunting bunga di taman.." Tapi jangan buat tak senonoh and pakai ayat ni kalau duduk condo... Cari pasal namanye tu..

So merisik ni saper yang patut datang ye? Mine was simple.. Ala2 koboi pakai songkok.. N sendiri yang datang, with the sister and bro in law. Adatnya, time ni lah dia orang akan bertanya if "bunga di taman dah disunting ke belum".. But in my case, it was more of a sessi berkenalan. For my family to get to know N and his roots. OK la.. segarang2 my dad, lepassss jugak..

Time ni jugak, adatnye kena la bawak cincin belah rotan. Mana la dia org dapat nama ni kan.. "cincin belah rotan". Sesapa yang ada history / makna dia, sila comment. Am very much interested to know what it means.. Yang pastinya cincin tu ala2 yang murah je.. takdek batu batan, berlian mengerlap, a very plain ring, macam Lord Of The Ring tu.. but without engraving la.. Tak kan la baru nak "bertanya", dah start tonyoh nama couple kat situ.. Uisk! Over!



Biler pihak lelaki dah bagitau hajat dia orang, Haaaa... masa ni la peluang untuk si perempuan kalau nak enter frame. Buat2 la bawak air minuman dan biskut2 bujang tuk dihidangkan. Jangan tumpah, sudahhh...

Al kisah, dalam time2 ni gak la, parents pihak pompuan akan panggil anak dia and tanya persetujuan anaknya.. Kalau deorang tanya depan2 pihak lelaki, jangan la gelojoh sangat and cakap yes.. Malu sehhh.. Tak tengok citer P Ramlee ke? Buat la malu2 kucing2, tersipu-siput and lari masuk bilik.. Ehek.. tak senonoh betul advise aku ni..

So dipendekkan citer.. biler pihak lelaki dah bagi cincin ni ke pihak pompuan, pastu pihak pompuan kena decide la nak terima ke tak. Kalau terima, si pompuan dapat la cincin baru.. Tapi kalau tak terima, pulang la balik cincin tu ke pihak lelaki.. jangan la buat tak malu and simpan cincin tu kay..

Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen5.pidgintech.com